"In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful"

ASAS TAKAFUL

Definasi Takaful

TAKAFUL yang bermaksud saling menjamin , berasal dari perkataan Arab – kafala . Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun . Dalam Islam , menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.
Dalam perniagaan TAKAFUL , pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting untuk semua peserta yang mengambil perlindungan takaful . Peserta perlu berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah . Secara amnya , objektif dalam industri TAKAFUL sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional . Kedua-dua merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik apabila ditimpa musibah . Secara jelasnya , Dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan , ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini .
Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting dalam industri takaful kerana pada tarikh inilah bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional . Pada tarikh dinyatakan juga Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan bahawa insurans nyawa sedia ada yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans pada masa itu adalah suatu MUAMALAH yang fasid (rosak/tidak sah) , ia tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.
Para ulama ketika itu telah sepakat memutuskan TAKAFUL sebagai ganti kepada Insurans Konvensional . Dasar Tabarru’ menjadi teras utama yang membina paksi TAKAFUL . Penggunaan dasar ini turut membolehkan TAKAFUL seiring dengan kehendak Syarak dalam soal Muamalah Islam . Dengan penggunaan Tabarru’  ini maka industri TAKAFUL jauh dari Unsur Gharar , Maisir dan Riba' .

Rujukan Hukum Takaful portal Rasmi Fatwa Malaysia
Rujukan Tabaru'